BAHAN-BAHAN
1kg tepung roti (high protein / strong bread flour)
625ml air suam (2 1/2 CUPS OF WATER)
3 paket yis kering (7g setiap satu)
2 sudu besar gula
1 sudu besar rata garam halus sedikit tepung tambahan untuk tabur (jika perlu)
Masa: Lebih kurang 55 minit + masa proofing + masa sejukkan
Hasil: 2 buku roti 550G selepas bakar (12 slices)
CARA-CARA
Tak ada yang boleh lawan bau roti panas baru keluar oven. Resipi ni memang sesuai untuk yang baru nak mula buat roti di rumah.
LANGKAH 1: AKTIFKAN YIS
Dalam satu bekas, campurkan air suam, yis dan gula.
Kacau sedikit, kemudian biarkan selama beberapa minit sampai campuran jadi berbuih.
Bila dah nampak berbuih, maksudnya yis aktif dan dah ready untuk digunakan.
LANGKAH 2: SATUKAN BAHAN KERING
Dalam mangkuk mixing, masukkan tepung roti dan garam.
Gaul ringkas supaya garam rata dalam tepung.
LANGKAH 3: CAMPUR & BENTUK DOH
Tuang campuran yis yang dah aktif ke dalam campuran tepung.
Gaul sampai jadi doh.
Kalau doh nampak terlalu kering atau terlalu lembik, boleh adjust sikit sikit ikut keadaan tepung yang digunakan sebab setiap jenis tepung serapan air dia tak sama.
LANGKAH 4: ULI DOH
Anda boleh pilih dua cara:
Uli tangan: Uli doh lebih kurang 10 minit sampai doh jadi licin dan anjal.
Mixer + dough hook:
Uli guna mixer lebih kurang 7 minit.
Boleh bagi doh rehat sekejap sekejap semasa menguli supaya gluten dalam doh sempat kuat dan terbentuk dengan lebih baik.
Bila doh dah elok, ia akan rasa lebih lembut, licin dan elastik.
PROOFING 1
Bulatkan doh dan letak dalam mangkuk.
Tutup dengan kain bersih atau cling wrap, kemudian biarkan doh naik sampai 2 kali ganda, lebih kurang 45 minit(bergantung pada suhu bilik).
Letak di tempat yang suam supaya doh naik lebih cantik.
SHAPING & PROOFING 2
Bila doh dah naik, tekan perlahan untuk keluarkan angin.
Bentuk doh ikut loyang atau bentuk roti yang anda nak.
Kemudian biarkan proof kali kedua selama 30 minit hingga 1 jam, atau sampai doh naik cantik semula.
Langkah ni penting untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu.
BAKAR
Panaskan oven pada 180°C.
Bakar roti selama 25 hingga 30 minit atau sampai permukaan roti keemasan.
Nak check roti dah masak atau belum, ketuk bahagian bawah roti. Kalau bunyi kosong, maksudnya dah masak.
SEJUKKAN
Keluarkan roti dan biarkan sejuk atas cooling rack sekurang kurangnya 30 minit sebelum potong.
Kalau potong masa masih terlalu panas, tekstur roti boleh jadi padat dan liat sebab dia belum habis masak lagi, steam kene setel dulu. Biarkan sehingga suhu bilik, baru potong dan makan dengan mentega Perancis ye…!
➡️ Ketahui lebih lanjut dalam video kami!
https://www.instagram.com/reel/DVFjkMPDwzD/?igsh=c2d6N2h0ZzYyNjFu

